Saturday 23 June 2012

CINTA SOFLAN-2

"wassap bro. kenapa kau lambat hari ni? nak kata jalan jam, tak kan la kot. sebab kau pakai basikal," perli Rina, rakan sekerja Willie di kedai 7-Eleven Taman Sejahtera.

"mulut kau baik sikit eh. aku cili kang baru kau tahu. aku bukan sengaja datang lambat la bro. ni semua gara-gara si pondan soflan tadi tu," rungut Willie sambil memasang mangga pada basikalnya agar tidak dicuri oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

"si Amoi tu ke?" tepat sekali tekaan Rina.

"siapa lagi pondan kat flat tu kalau bukan dia sorang je. heyyy..aku masih angin satu badan ni ngan dia," dengus Willie lagi.

"dahlah tu. kau marah-marah macam ni pun tak ada guna jugak kan? baik kau masuk dalam, susun komik-komik tu. ada stok baru sampai tadi," Rina menarik lengan baju Willie.

Rina dan Willie memang rapat seperti adik beradik dan Willie senang berkawan dengan Rina kerana perangai Rina yang agak kelelakian.

"kau rasa kan, minah tu jadi pemenang lagi tak hari ni?" tanya Willie kepada Rina, merujuk kepada seorang gadis genit yang selalu menjadi pelanggan setia dan pembeli terawal setiap stok komik yang baru sampai di kedai itu.

perkara ini telah bermula sejak bulan januari tahun sebelumnya di mana Willie baru sahaja memulakan perkhidmatannya sebagai cashier di kedai tersebut.

"entahlah. tapi besar kemungkinan jugak la sebab sebelum ni, dia tu la penghabis stok komik kita ni. minat sangat dia kat komik-komik ni kan? agak-agak kan, berapa dah jumlah komik yang dia ada sekarang?" tanya Rina.

"aku..."belum sempat Willie menghabiskan ayatnya, pintu berbunyi menandakan ada seseorang masuk ke kedai.

pantas Willie mengambil tempatnya sebagai cashier dan dia tidak hairan apabila melihat gadis yang baru sahaja dibualkan dengan Rina sebentar tadi, datang dan mengambil 4 buah komik yang belum sempat tersusun di rak.

gadis itu membawa komik-komik tersebut ke meja cashier dan matanya melilau mencari sesuatu.

"cari apa cik?" Willie memberanikan diri bertanya.

gadis itu tidak menghiraukannya dan menghulurkan wang kertas RM50 kepada Willie.

"sombong jugak perempuan ni. muka je nampak baik, tapi.." getus hati Willie.

setelah membuat pembayaran, gadis itu berlalu dan menghulurkan senyuman simpul kepada Willie. alangkah bahagianya dia ketika itu apabila gadis idaman menmberikan senyuman di awal pagi. terasa dirinya bagaikan di syurga ketika itu.

"woi bro, dah dah lah tu. budak tu dah balik dah, yang kau tersengih siput kurap ni kenapa?" tempik Rina yang hanya menjadi pemerhati sejak tadi.

~bersambung~

Friday 22 June 2012

CINTA SOFLAN -1

Splassshhhh!!!

" WOI ! Tak ada mata ke? suka hati mak bapak hang je nak siram aku pagi-pagi buta ni? " pekik Willie     . 
Bergema suaranya di kawasan flat Taman sejahtera. Dia menyumpah seranah di dalam hatinya sambil mendongak ke atas, cuba melihat siapa gerangan insan bertuah yang menyiram air berbau pelembut baju SOFLAN  pada dirinya. Niat nak bergegas ke tempat kerja terbantut apabila dia terpaksa berpatah balik untuk menukar bajunya yang basah kuyup. Bukan hanya baju yang basah. 

sejurus sahaja matanya dapat mengecam penjenayah yang bertanggungjawab ke atas kejadian malang yang menimpanya itu, matanya terbeliak apabila mendapati bahawa itu adalah musuh ketatnya sejak kecil iaitu gadis yang bernama Amoi. 

"Opppss..sorry ye..Amoi tak sengaja nak tersiram Abang Willie pagi-pagi ni. maafkan Amoi ye bang" si pondan bertuah itu pun berlalu dengan lenggang itik ke dalam rumah nya yang terletak di tingkat 4 manakala rumah Willie terletak di tingkat 3, tepat di bawah rumah si pondan.

"Nanti kau nyah. aku ganyang mulut kau dengan kasut aku ni. biar kau tahu rasa tahi kucing yang aku pijak tadi!!" kemarahan Willie semakin menjadi-jadi melihat aksi Amoi yang seolah-olah sengaja mengenakannya.

dengan penat lelah Willie kembali ke rumah untuk menukar pakaian. keluar juga keringat nya pagi itu kerana terpaksa menaiki tangga rumah flat itu kerana lift rosak. ketika mencari pakaian ganti yang sesuai untuk kerjanya, otaknya ligat berfikir cara untuk membalas dendam terhadap pondan yang paling di bencinya.

setelah siap berkemas untuk kali ke dua, Willie bergegas keluar dan nasibnya malang apabila sekali lagi dia teerserempak dengan Amoi di tangga. Amoi sengaja menghalang laluannya dan membuat aksi seperti ingin menggodanya. meremang bulu kaki Willie apabila melihat perbuatan tidak senonoh Amoi itu. 

"Ke tepi lah pondan oii !!" dengan sepenuh tenaga Willie menepis tangan Amoi yang sudah bersedia untuk menyentuh bahunya.

"AWWWW..sakit la bang. kenapa dengan abang ni? tak baik main kasar dengan Amoi tau. orang kata, kalau sekarang gaduh-gaduh, nanti dah besar kahwin tau," kata Amoi sambil mengenyit matanya berkali-kali.

"Sumpah sampai ayam bertanduk, itik beranak, buaya terbang pun aku tak akan kahwin dengan kau si pondan lembik macam agar-agar!" puas hati Willie memaki hamun si lembut yang berada di hadapannya.

"ABANG!! Amoi ingat ayat abang tu. Nanti Amoi akan pastikan abang menyesal cakap macam tu kat Amoi. !!" laju Amoi meninggalkan Willie yang masih keliru.

"Aku nak kahwin dengan dia?" Willie menuding jari telunjuknya ke dadanya sendiri.

~BERSAMBUNG~