Friday 10 August 2012

cinta soflan-3

"Hish kau ni! aku nak menikmati keindahan ciptaan tuhan kejap pun kau tak kasi."rungut Willie.

"Bro, aku bukan tak nak bagi chance kat kau tenung budak tu lama-lama. Aku takut budak tu rasa lain je kalau kau tengok dia macam tu. Dahla muka kau tengok dia tadi macam kucing nak ter... Dahla. Aku malas nak sambung" kata Rina sambil bergerak meninggalkan Willie di kaunter.

Jauh di sudut hati Rina, dia berasa tidak selesa apabila melihat keletah Willie sebentar tadi. Mungkin dia cemburu? Tak mungkin. Kerana dia pasti akan perasaannya. Dia telah menetapkan Willie sebagai seorang sahabat sejak pertama kali mereka berjumpa. Hubungan kawan itu akan kekal hingga ke akhir hayat dan tak akan berubah menjadi lover lovey-dovey macam Angelina Juling dan Bread Pitt tu.

"Bro, boleh tolong aku tak?" Willie memanggil Rina ke kaunter. Panggilan BRO itu dah serasi pada mereka berdua. tak kira perempuan lelaki, semua adalah bro. 

"apa kau nak?" laju Rina melangkah semula ke arah kaunter.

"Tolong aku usya pompuan tadi tu boleh tak? mintak number dia ke. saiz kasut ke. apa-apa je yang berkaitan" dengan senyum kambing sengat yang dihulurkan, Willie memutar-mutarkan jari telunjuknya di meja,kononnya nak buat aksi manja. 

"Huh, tak leh blah punya geng. Kau ingat aku ni kasar, aku minat kat pompuan ke bro? Wey bro, aku kasar je tau, tapi hati nurani aku ni masih berjiwa perempuan sejati bro. aku tak main la cinta sejenis ni. Tak sah di sisi undang-undang Malaysia bro!"laju je semua tu keluar dari mulut becok si Rina.

terpinga-pinga Willie melihatnya. tangan nya diletakkan di dahi Rina.

"Tak demam. Tapi apasal kau tetiba sawan ni?" tanya Willie.

"Kau punya pasal la. Kau nak aku usya pompuan tu tadi. hish. tak kuasa aku bercinta ngan kaum sejenis. "kata Rina.

"Laaa..Siapa suruh kau usya dia untuk kau? aku tak cakap pun macam tu kan? aku nak kau usya dia untuk aku bro. bukan untuk kau bro. bro, kau faham tak ni? bro, aku pun taknak kawan aku cinta songsang bro," giliran Willie pula berleter memanjang sepanjang karangan SPM.

"ow ye ke? aku saje je tadi bro. aku nak test kau" Rina cover malu. 

tu la sapa suruh hang cepat sangat nak jawab tanpa fikir dulu.

"Tolong aku okay,bro?" tanya Willie lagi.

" Kalau aku dapat tolong kau, apa aku dapat?" Rina a.k.a pencinta balasan selepas berbuat kebaikan.

" Kalau kau berjaya buat aku jadi kawan dia, aku akan belanja kau makan tiap-tiap kali dia tegur or senyum or lambai aku." kata Willie.

"Kalau aku dapat number dia?" tanya Rina dengan mata yang bersinar-sinar dengan harapan mendapat habuan yang lebih lumayan.

"Kalau macam tu aku akan bagi RM30 untuk kau. cukup la untuk beli top up kan?"kata Willie.

"ok ok.aku setuju. Kalau aku dapat buat korang couple?" tanya Rina lagi. nampak benar dia nak ganjaran yang lebih banyak.

" Kalau kau berjaya buat macam tu, aku janji aku akan layan kau macam perempuan."Willie tersenyum simpul. menampakkan senyuman nya yang aneh seperti senyuman Victoria Bakam. 

"habis tu, kau ingat aku ni pondan la ye?kurang asam punya geng,"tergelak Rina dan Willie.

jauh di sudut hatinya, Rina terpana apabila mendengar kata-kata Willie dan terpegun seketika dirinya melihat senyuman Willie yang aneh namun kelihatan menarik baginya ketika itu.

~bersambung~

Saturday 23 June 2012

CINTA SOFLAN-2

"wassap bro. kenapa kau lambat hari ni? nak kata jalan jam, tak kan la kot. sebab kau pakai basikal," perli Rina, rakan sekerja Willie di kedai 7-Eleven Taman Sejahtera.

"mulut kau baik sikit eh. aku cili kang baru kau tahu. aku bukan sengaja datang lambat la bro. ni semua gara-gara si pondan soflan tadi tu," rungut Willie sambil memasang mangga pada basikalnya agar tidak dicuri oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

"si Amoi tu ke?" tepat sekali tekaan Rina.

"siapa lagi pondan kat flat tu kalau bukan dia sorang je. heyyy..aku masih angin satu badan ni ngan dia," dengus Willie lagi.

"dahlah tu. kau marah-marah macam ni pun tak ada guna jugak kan? baik kau masuk dalam, susun komik-komik tu. ada stok baru sampai tadi," Rina menarik lengan baju Willie.

Rina dan Willie memang rapat seperti adik beradik dan Willie senang berkawan dengan Rina kerana perangai Rina yang agak kelelakian.

"kau rasa kan, minah tu jadi pemenang lagi tak hari ni?" tanya Willie kepada Rina, merujuk kepada seorang gadis genit yang selalu menjadi pelanggan setia dan pembeli terawal setiap stok komik yang baru sampai di kedai itu.

perkara ini telah bermula sejak bulan januari tahun sebelumnya di mana Willie baru sahaja memulakan perkhidmatannya sebagai cashier di kedai tersebut.

"entahlah. tapi besar kemungkinan jugak la sebab sebelum ni, dia tu la penghabis stok komik kita ni. minat sangat dia kat komik-komik ni kan? agak-agak kan, berapa dah jumlah komik yang dia ada sekarang?" tanya Rina.

"aku..."belum sempat Willie menghabiskan ayatnya, pintu berbunyi menandakan ada seseorang masuk ke kedai.

pantas Willie mengambil tempatnya sebagai cashier dan dia tidak hairan apabila melihat gadis yang baru sahaja dibualkan dengan Rina sebentar tadi, datang dan mengambil 4 buah komik yang belum sempat tersusun di rak.

gadis itu membawa komik-komik tersebut ke meja cashier dan matanya melilau mencari sesuatu.

"cari apa cik?" Willie memberanikan diri bertanya.

gadis itu tidak menghiraukannya dan menghulurkan wang kertas RM50 kepada Willie.

"sombong jugak perempuan ni. muka je nampak baik, tapi.." getus hati Willie.

setelah membuat pembayaran, gadis itu berlalu dan menghulurkan senyuman simpul kepada Willie. alangkah bahagianya dia ketika itu apabila gadis idaman menmberikan senyuman di awal pagi. terasa dirinya bagaikan di syurga ketika itu.

"woi bro, dah dah lah tu. budak tu dah balik dah, yang kau tersengih siput kurap ni kenapa?" tempik Rina yang hanya menjadi pemerhati sejak tadi.

~bersambung~

Friday 22 June 2012

CINTA SOFLAN -1

Splassshhhh!!!

" WOI ! Tak ada mata ke? suka hati mak bapak hang je nak siram aku pagi-pagi buta ni? " pekik Willie     . 
Bergema suaranya di kawasan flat Taman sejahtera. Dia menyumpah seranah di dalam hatinya sambil mendongak ke atas, cuba melihat siapa gerangan insan bertuah yang menyiram air berbau pelembut baju SOFLAN  pada dirinya. Niat nak bergegas ke tempat kerja terbantut apabila dia terpaksa berpatah balik untuk menukar bajunya yang basah kuyup. Bukan hanya baju yang basah. 

sejurus sahaja matanya dapat mengecam penjenayah yang bertanggungjawab ke atas kejadian malang yang menimpanya itu, matanya terbeliak apabila mendapati bahawa itu adalah musuh ketatnya sejak kecil iaitu gadis yang bernama Amoi. 

"Opppss..sorry ye..Amoi tak sengaja nak tersiram Abang Willie pagi-pagi ni. maafkan Amoi ye bang" si pondan bertuah itu pun berlalu dengan lenggang itik ke dalam rumah nya yang terletak di tingkat 4 manakala rumah Willie terletak di tingkat 3, tepat di bawah rumah si pondan.

"Nanti kau nyah. aku ganyang mulut kau dengan kasut aku ni. biar kau tahu rasa tahi kucing yang aku pijak tadi!!" kemarahan Willie semakin menjadi-jadi melihat aksi Amoi yang seolah-olah sengaja mengenakannya.

dengan penat lelah Willie kembali ke rumah untuk menukar pakaian. keluar juga keringat nya pagi itu kerana terpaksa menaiki tangga rumah flat itu kerana lift rosak. ketika mencari pakaian ganti yang sesuai untuk kerjanya, otaknya ligat berfikir cara untuk membalas dendam terhadap pondan yang paling di bencinya.

setelah siap berkemas untuk kali ke dua, Willie bergegas keluar dan nasibnya malang apabila sekali lagi dia teerserempak dengan Amoi di tangga. Amoi sengaja menghalang laluannya dan membuat aksi seperti ingin menggodanya. meremang bulu kaki Willie apabila melihat perbuatan tidak senonoh Amoi itu. 

"Ke tepi lah pondan oii !!" dengan sepenuh tenaga Willie menepis tangan Amoi yang sudah bersedia untuk menyentuh bahunya.

"AWWWW..sakit la bang. kenapa dengan abang ni? tak baik main kasar dengan Amoi tau. orang kata, kalau sekarang gaduh-gaduh, nanti dah besar kahwin tau," kata Amoi sambil mengenyit matanya berkali-kali.

"Sumpah sampai ayam bertanduk, itik beranak, buaya terbang pun aku tak akan kahwin dengan kau si pondan lembik macam agar-agar!" puas hati Willie memaki hamun si lembut yang berada di hadapannya.

"ABANG!! Amoi ingat ayat abang tu. Nanti Amoi akan pastikan abang menyesal cakap macam tu kat Amoi. !!" laju Amoi meninggalkan Willie yang masih keliru.

"Aku nak kahwin dengan dia?" Willie menuding jari telunjuknya ke dadanya sendiri.

~BERSAMBUNG~

Tuesday 22 May 2012

PERMULAAN SEGALANYA

lama dah berniat nak buat blog kedua..tapi saya janji..blog kedua ni bukan untuk tujuan peribadi seperti blog fairyell.blogspot.com tu..korang mesti tak sedar saya ada blog kedua kan??hanya orang yang tengok profile saya je yang perasan kewujudan blog ni..biarlah..

idea nak buat blog kedua ni muncul lepas saya menyelongkar lappy ni..rupa-rupanya banyak gak hasil penulisan saya dah buat just tak pernah di publish..kalau nak tau, saya dah start karang cerpen start dari hujung tahun 6 lagi dah..masa tu cousin saya yang bernama carol yang bagi dorongan untuk tulis cerita..

tapi korang maklum la..hasil kerja budak tahun 6..ahahah..tatabahasa tunggang langgang dan saya rasa sampai sekarang pon tatabahasa macam monyet =..= hasil penulisan saya tu hanya ditulis kat kertas kosong dan kertas warna yang terpakai..sebab masa tu saya tinggal kat kem balak..takda tempat nak beli buku..

masuk je sekolah menengah kat bandar miri yang kini dikenali bandaraya miri,sarawak,.saya mula giat mengarang semula..apatah lagi bila wujud persaingan dari seorang rakan sekelas saya yang bernama beatrice..beliau sangat hebat melukis karakter komik macam kaoru gempakstarz tu..patu beliau ada satu buku log tempat beliau tulis cerita..dan karakter yang beliau selalu guna adalah karakter remaja jepon..

seorang lagi rakan sekelas saya adalah Sitie..beliau tak melukis tapi jalan cerita yang beliau buat sangat best..beliau pon suka guna nama jepon ..and karakter yang paling saya ingat adalah watak Kakashi..

kami tiga ada buku cerita masing-masing dan cerita tersebut ditulis bila kami ada kelapangn..selepas kami update cerita masing-masing..kami bertukar-tukar buku untuk membaca cerita yang dah di update...nak tahu apa yang lebih menyeronokkan??

bahkan classmate kami pon ikut baca cerita kami tulis tu..pastu dorang cakap "cepat la update" "apa jadi lepas tu?" " beritau saya kalau dah update"..

kata-kata itu yang semakin menaikkan semangat kami untuk terus mengarang cerita..bahkan budak dari kelas lain pon ada baca cerita kami..maybe tema cerita kami yang cute kot..percintaan remaja yang bari mengenal cinta..selaras ngan pemikiran kami yang baru Form 1 masa tu..

semua tu kenangan manis di zaman sekolah..

Form 2 kami masih mengarang dan cerita kami masih mendapat sambutan hebat..buku kamu pon dah penuh bahkan kami membeli buku baru untuk menulis cerita..

tapi bila kami masuk Form 3..kami semakin sibuk ngan PMR..maklumla..kami ni masuk sekolah elit..jadi kalau result macam monyet..malu mak bapak oiii..cerita kami terbengkalai macam tu je..tapi lepas PMR ada satu bulan sebelum cuti hujung tahun..kami bergiat kembali megarang..

syukur jugak la..sambutan masih ada tapi berkurang..syukur jugak la kami semua dapat straight A..

tapi bila kami masuk form 4 dan form 5..kami tak mengarang dah..buku2 cerita saya pon tinggal kat rumah dh..berhabuk ..ada yang kena tahi tikus..ahhahha..
tapi saya masih simpan semua hasil penulisan saya tu..

itu la kenangan namanya..sekarang adik perempuan saya yang berusia 13 tahun dah mula menulis..mungkin ikut jejak kakak dia yang melencun ni kan??ehhehe...

~enough for introduction~