Friday 10 August 2012

cinta soflan-3

"Hish kau ni! aku nak menikmati keindahan ciptaan tuhan kejap pun kau tak kasi."rungut Willie.

"Bro, aku bukan tak nak bagi chance kat kau tenung budak tu lama-lama. Aku takut budak tu rasa lain je kalau kau tengok dia macam tu. Dahla muka kau tengok dia tadi macam kucing nak ter... Dahla. Aku malas nak sambung" kata Rina sambil bergerak meninggalkan Willie di kaunter.

Jauh di sudut hati Rina, dia berasa tidak selesa apabila melihat keletah Willie sebentar tadi. Mungkin dia cemburu? Tak mungkin. Kerana dia pasti akan perasaannya. Dia telah menetapkan Willie sebagai seorang sahabat sejak pertama kali mereka berjumpa. Hubungan kawan itu akan kekal hingga ke akhir hayat dan tak akan berubah menjadi lover lovey-dovey macam Angelina Juling dan Bread Pitt tu.

"Bro, boleh tolong aku tak?" Willie memanggil Rina ke kaunter. Panggilan BRO itu dah serasi pada mereka berdua. tak kira perempuan lelaki, semua adalah bro. 

"apa kau nak?" laju Rina melangkah semula ke arah kaunter.

"Tolong aku usya pompuan tadi tu boleh tak? mintak number dia ke. saiz kasut ke. apa-apa je yang berkaitan" dengan senyum kambing sengat yang dihulurkan, Willie memutar-mutarkan jari telunjuknya di meja,kononnya nak buat aksi manja. 

"Huh, tak leh blah punya geng. Kau ingat aku ni kasar, aku minat kat pompuan ke bro? Wey bro, aku kasar je tau, tapi hati nurani aku ni masih berjiwa perempuan sejati bro. aku tak main la cinta sejenis ni. Tak sah di sisi undang-undang Malaysia bro!"laju je semua tu keluar dari mulut becok si Rina.

terpinga-pinga Willie melihatnya. tangan nya diletakkan di dahi Rina.

"Tak demam. Tapi apasal kau tetiba sawan ni?" tanya Willie.

"Kau punya pasal la. Kau nak aku usya pompuan tu tadi. hish. tak kuasa aku bercinta ngan kaum sejenis. "kata Rina.

"Laaa..Siapa suruh kau usya dia untuk kau? aku tak cakap pun macam tu kan? aku nak kau usya dia untuk aku bro. bukan untuk kau bro. bro, kau faham tak ni? bro, aku pun taknak kawan aku cinta songsang bro," giliran Willie pula berleter memanjang sepanjang karangan SPM.

"ow ye ke? aku saje je tadi bro. aku nak test kau" Rina cover malu. 

tu la sapa suruh hang cepat sangat nak jawab tanpa fikir dulu.

"Tolong aku okay,bro?" tanya Willie lagi.

" Kalau aku dapat tolong kau, apa aku dapat?" Rina a.k.a pencinta balasan selepas berbuat kebaikan.

" Kalau kau berjaya buat aku jadi kawan dia, aku akan belanja kau makan tiap-tiap kali dia tegur or senyum or lambai aku." kata Willie.

"Kalau aku dapat number dia?" tanya Rina dengan mata yang bersinar-sinar dengan harapan mendapat habuan yang lebih lumayan.

"Kalau macam tu aku akan bagi RM30 untuk kau. cukup la untuk beli top up kan?"kata Willie.

"ok ok.aku setuju. Kalau aku dapat buat korang couple?" tanya Rina lagi. nampak benar dia nak ganjaran yang lebih banyak.

" Kalau kau berjaya buat macam tu, aku janji aku akan layan kau macam perempuan."Willie tersenyum simpul. menampakkan senyuman nya yang aneh seperti senyuman Victoria Bakam. 

"habis tu, kau ingat aku ni pondan la ye?kurang asam punya geng,"tergelak Rina dan Willie.

jauh di sudut hatinya, Rina terpana apabila mendengar kata-kata Willie dan terpegun seketika dirinya melihat senyuman Willie yang aneh namun kelihatan menarik baginya ketika itu.

~bersambung~